Sunday 29 March 2015

PANDUAN MENGISI E-FILLING LHDN

Assalamualaikum.....

Selingan untuk petang Ahad. Asyik dok post gambar shawlje. Sesekali rasa nak berkongsi ilmu pulak. Sekarang ni dah nak masuk bulan April, jonlah kita pakat-pakat isi borang e-filing. Ada 2 cara, nak isi e-filing ni, sama ada nak menempuh kesesakan ke LHDN atau isi dengan santai di rumah masing-masing. Yelah kita semua kan dah ada kemudahan internet sekarang.

1. Sila taip link https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx
    Akan keluarlah page seperti di bawah.


2. Untuk sesiapa yang pernah mengisi e-filing, isi no kad pengenalan dan password. Lepas tu klik butang Hantar. Kalau kali pertama isi, bolehlah klik Login Kali Pertama. Maka terpaparlah segala butiran diri seperti di bawah. Klik butang e-filing  dan seterusnya klik e-borang.


3.  Pilih e-BE (Tiada Punca Pendapatan Perniagaan) dan tahun taksiran semestinya 2014. Ini contoh untuk pengisian e-filing individu yang tiada pendapatan perniagaan.  


4. Selepas dah pilih tahun taksiran, terpaparlah segala maklumat individu. Klik pada PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG DILAPORKAN.


5. Okay isilah segala pendapatan berkanun penggajian. Bagi kakitangan kerajaan, boleh download penyata pendapatan tahunan daripada laman e-gaji jabatan akauntan negara. Kakitangan swasta pulak boleh dapatkan penyata pendapatan tahunan  daripada majikan masing-masing. Dah siap isi semua, klik PELEPASAN / REBAT / TOLAKAN CUKAI / PELEPASAN CUKAI. 


6. Isi bahagian-bahagian yang perlu di ruangan yang sepatutnya. Bila semua telah siap diisi klik RUMUSAN.


7. Paparan Rumusan. Klik Teruskan.



8. Semak semula borang yang telah diisi. Kalau dah confirm betul semua maklumat yang diisi, klik Tandatangan & Hantar. Akan keluar satu menu yang suruh masukkan no ic dan password. Lpeas tu klik Tandatangan. Yang ni tak sempat nak printscreen.


9. Okay last step, simpan dan cetak pengesahan untuk kegunaan di masa hadapan.


Dah siap isi e-filing. Semoga dapat membantu semua yang tengah tercari-cari tutorial mengisi e-filing.






8 comments:

  1. terima kasih banyak2..tutorial sis sangat membantu saya..moga Allah permudahkan segala urusan sis..amenn :)

    ReplyDelete
  2. kalo naik kena perbaharu sijil digital..mcmne nk bt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tahun lepas 2015 punya.. sy baru je nak buat yg 2016 punya hari ni.. aah lah kena buat password baru ke? sy pun terpinga2 bila keluar yg tu..
      Amjari dh buat ke?

      Delete
    2. iya,kene buat password ikut requirement dia ,iaitu kena ada huruf besar dan kecil

      Delete
  3. Colum anak tu lupe de pelepasan 100% ade 50% pe beze...

    ReplyDelete
  4. Mahu dapatkan sijil digital semasa pkp.(online)

    ReplyDelete